Ciri-ciri lelaki setia
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya amat mengejutkan . Hati lelaki yang dianggap keras selama ini , tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah .
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat :
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa .
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap .
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya .
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya .
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga .
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya .
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya .
9. Adakalanya dia seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain .
10. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya .
11. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama .
12. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya .
13. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .
14. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya .
15. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting denganya .
16. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya 100 peratus mencintai kekasihnya .
17. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki , hargailah mereka seadanya . Kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya , lihatlah betapa bodohnya wanita itu .
No comments:
Post a Comment